Richard Chin catat bantuan gol pertama musim ini, peluang rebut tempat kembali di bawah jurulatih baharu
Pemain muda warisan negara, Richard Chin mencatatkan sumbangan gol pertamanya pada musim ini dalam perlawanan menentang Crawley Town dalam saingan trofi EFL.
Beliau melakukan bantuan jaringan pada minit ke-23 untuk menyamakan kedudukan, namun terpaksa akur apabila pasukannya tewas 4-3 dalam perlawanan itu.
Ini merupakan penampilan keduanya bersama Charlton pada musim ini, selepas kali terakhir dalam saingan Piala EFL menentang Newport County.
Dengan pemecatan bekas ketua jurulatih, Dean Holden pada 27 Ogos lalu, peluang untuk Richard Chin merebut tempatnya dalam pasukan.
Ketika Holden menjadi ketua jurulatih, Richard Chin jarang menjadi pilihan dan hanya sempat membuat beberapa penampilan musim lalu sebelum dipinjamkan ke pasukan Dartford.
Ternyata pilihan ketua jurulatih interim, Jason Pearce untuk meletakkan Richard Chin dalam kesebelasan utama perlawanan semalam membuahkan hasil apabila pemain itu menyumbang satu bantuan gol.
Kini, Richard harus berusaha keras untuk memastikan beliau terus dipilih secara kerap dalam pasukan dan mendapatkan kembali keyakinannya.
Peluangnya untuk memikat hati ketua jurulatih baharu kini terbuka semula, justeru beliau harus mengambil peluang ini sebaik mungkin.