Le Tour De Langkawi raih tajaan RM 1 juta lebih untuk naik taraf teknologi

70

Le Tour De Langkawi 2023 terima dana RM 1.3 Juta dari tiga organisasi berbeza bagi digunakan untuk memperbaharui kualiti dalam saingan perlumbaan basikal berprestij di Asia Tenggara yang bakal bermula 23 September ini.

Dari awal perancangan LTDL edisi tahun ini banyak spekulasi yang menggusarkan terutama daripada bahagian bajet kewangan mereka namun kini sudah sah segalanya perbelanjaan mencukupi dengan kehadiran tiga penaja terawal yang membawa jumlah terkumpul RM 1 juta lebih.


Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi Ismail mengumumkan Tiktok Malaysia, Dahua Technology dan PACE kini sah menjadi rakan penaja LTDL edisi kali ini dengan memfokuskan untuk menambahbaik kualiti kejohanan kali ini terutama dari sudut teknologi.

“Tiktok membelanjakan sebanyak RM 500 ribu manakala PACE pula sebanyak RM 550 ribu dan Dahua Technology pula adalah RM 260 ribu,”

“Penaja baru kita adalah Tiktok Malaysia, Dahua Technology dan PACE yang mana untuk pengetahuan semua ketiga-tiga penaja ini adalah untuk penambahbaikan daripada sudut teknologi dalam edisi LTDL 2023 kali ini,”

katanya.

Selain itu, turut memberi pendedahan bahawa para penaja ini bakal memberikan bantuan khusus dari sudut penyiaran, kamera badan dan jersi bagi kemenangan setiap peringkat.

“Kemasukan Dahua Technology bakal membantu kita dari segi body cam dan radio komunikasi selain Tiktok Malaysia pula main peranan penting untuk membuat siaran langsung yang akan disiarkan dalam media sosial mereka dan akhir sekali PACE jenama pakaian sukan tempatan yang berani tampil ke hadapan untuk menjadi penaja LTDL kali ini.”

Dalam sesi pelancaran itu juga Shapawi memaklumkan akan ada lagi penaja yang akan mengesahkan penyertaan mereka dalam masa terdekat sebelum LTDL edisi 2023 bermula.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen