Philippe Troussier sasar Vietnam B-23 layak ke Olimpik, Malaysia juga harus ada sasaran jelas tiap kali sertai kejohanan
Skuad B-23 Vietnam bimbingan Philippe Troussier menyasarkan untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024, bermula dengan kelayakan Piala Asia B-23 ketika ini.
Vietnam diundi dalam Kumpulan C bersama Yaman, Guam dan Singapura, dan perlu menjadi tiga pasukan terbaik dalam saingan Piala Asia B-23 tahun depan bagi mencapai matlamat itu.
Menurut Troussier, beliau telah mempersiapkan pasukan daripada bulan Mac lagi sebagai persediaan ke Piala Asia B-23.
Pada edisi lalu, Vietnam berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir sebelum tewas kepada Arab Saudi.
Walaupun agak sukar untuk mencapai sasaran ke Olimpik 2024 kerana saingan yang sengit dari negara-negara besar Asia lain, sekurang-kurangnya mereka mempunyai matlamat yang jelas.
Malaysia juga haruslah mencontohi apa yang dilakukan oleh Vietnam dengan meletakkan sasaran tertentu setiap kali menghadapi kejohanan.
Sampai bila frasa “kami akan buat terbaik” kerap disuarakan apabila ditanya mengenai sasaran dalam kejohanan tertentu.
Dengan sasaran yang diletakkan, ia boleh memberi motivasi kepada para pemain untuk berusaha dengan lebih kuat.
Tidak kira sama ada sasaran yang diletakkan terlalu tinggi atau biasa-biasa sahaja, apa yang penting adalah harus ada sasaran setiap kali menyertai kejohanan.
Mungkin ia membezakan antara mentaliti para pemain luar kerana mereka minda mereka sudah mempunyai matlamat tertentu apabila menyertai sesuatu kejohanan.