Aliff Izwan gembira golnya bantu Harimau Muda kutip 3 mata penting

324

Pemain pasukan kebangsaan B-23, Aliff Izwan Yuslan nyata gembira apabila berjaya membantu pasukannya menewaskan Bangladesh 2-0 dalam perlawanan pertama Kumpula H kelayakan Piala Asia B-23 2024 sebentar tadi.

Aliff yang merupakan penjaring gol pertama skuad Harimau Malaya berkata tiga mata yang berjaya dikutip akan membakar semangat beliau dan rakan sepasukan untuk terus menang dalam dua perlawanan seterusnya.


“Saya dapat pamer aksi yang bagus kerana mendapat sokongan penuh daripada rakan sepasukan.

Saya berasa cukup teruja untuk kejohanan Piala Asia B-23 ini, saya adalah pemain termuda dalam skuad iaitu berusia 19 tahun,”

katanya.

Dalam pada itu, Aliff berkata kemenangan menentang Bangladesh akan menjadi pembakar semangat untuk pasukannya untuk terus mempamerkan aksi terbaik untuk menang dalam baki dua perlawanan lagi.

Skuad Harimau Malaya selepas ini akan menentang Filipina pada 9 September ini dan tuan rumah Thailand pada 12 September.

“Untuk perlawanan akan datang, sama seperti hari ini, kami mahu menang dan terus

Sementara itu, sebanyak 11 pasukan juara kumpulan dalam saingan kelayakan (Kumpulan A hingga K) bersama-sama empat pasukan tempat kedua kumpulan terbaik dan tuan rumah, Qatar akan layak beraksi di Piala Asia B-23 2024 di Qatar, tahun depan.