Malaysia berpeluang uji kekuatan menentang Palestin sebelum bertemu Oman pada kelayakan Piala Dunia 2026
Satu perlawanan persahabatan antara dua lawan yang bakal menentang Harimau Malaya, Oman dan Palestin telah berlangsung semalam dengan keputusan memihak kepada Oman 2-1.
Malaysia berkemungkinan menentang Palestin pada kejohanan Pestabola Merdeka pada Oktober ini sekiranya kedua-dua pasukan tewas atau menang perlawanan masing-masing.
Manakala Oman pula merupakan salah satu Kumpulan yang diundi dalam peringkat Kumpulan kelayakan Piala Dunia 2026 yang akan bermula November ini.
Jika Malaysia ditakdirkan bertemu dengan Palestin pada Pestabola Merdeka, ia boleh menjadi ujian awal buat anak buah Kim Pan-gon mengukur kemampuan mereka sebelum bertemu Oman.
Kali terakhir Malaysia bertemu Palestin adalah pada tahu 2015 yang menyaksikan Malaysia dibelasah 6-0, dan kali terakhir bertemu Oman juga adalah pada tahun sama di mana Malaysia tewas juga dengan jaringan yang sama
Oman ketika ini menduduki ranking 73 FIFA, manakala Palestin pula menduduki ranking 96.
Harimau Malaya baru mendapat motivasi selepas mengikat pasukan di tangga ke-94 FIFA iaitu Syria dalam perlawanan persahabatan semalam.
Dalam perlawanan tersebut, Malaysia sesekali menguasai perlawanan terutama pada separuh masa kedua, menunjukkan bahawa Malaysia tidak lagi menjadi pasukan belasahan apabila bertemu lawan yang lebih kuat.
Jadi ia menunjukkan bahawa tidak mustahil Malaysia mampu meraih sesuatu keputusan yang positif apabila bertemu Oman pada November nanti.