Tak kisah berapa jumlah gol, kita hanya mahu kutip tiga mata menentang Filipina – Fergus Tierney

296

Pemain skuad B-23 kebangsaan, Fergus Tierney tidak kisah dengan jumlah jaringan yang dicatat oleh pasukan apabila menentang Filipina dalam Kelayakan Piala Asia B-23 esok, asalkan dapat mencatat kemenangan.

Katanya, seperti perlawanan menentang Bangladesh sebelum ini, walaupun ia bukanlah prestasi terbaik yang ditonjolkan pasukan, mereka tetap berjaya mendapat tiga mata penting.


“Perlanan menentang Bangladesh tempoh hari kita berjaya dapatkan tiga mata walaupun tidak menjaringkan banyak gol dan bukanlah prestasi terbaik kita.

Menentang Filipina nanti juga kami mahu mendapatkan tiga mata, tak kisah berapa jaringan sama ada satu atau lima sekalipun, apa yang penting adalah tiga mata,”

katanya.

Beliau percaya dirinya dan rakan-rakan mampu meraih tiga mata pada perlawanan esok, sekaligus mencerahkan peluang Malaysia untuk layak ke pusingan akhir kejohanan itu.

Dalam pada itu, pemain tengah iaitu Nooa Laine berkata beliau berada dalam kondisi terbaik menjelang perlawanan esok walaupun baru menyertai pasukan beberapa hari lalu.

“Saya rasa begitu baik walaupun melalui perjalanan jauh untuk sampai ke sini tetapi saya rasa saya sudah bersedia.

Memang saya tidak ikut sesi latihan sejak awal dan hanya sempat menjalani tiga sesi latihan bersama pasukan tetapi saya rasa ia sudah cukup.”

Tambahnya, sasarannya dan rakan-rakan hanyalah satu iaitu untuk melayakkan diri ke pusingan akhir yang akan berlangsung tahun depan.

Beliau bertekad mahu memberikan yang terbaik sekiranya diberi kepercayaan untuk turun dalam perlawanan esok.