Ayah yang galakkan saya jadi pengulas MLBB – Reez Piu Piu
Bukan mudah untuk melihat sosok pengulas wanita dalam industri sukan tanah air, namun Reez Piu Piu akui cita-citanya untuk menjadi pengulas Mobile Legeds Bang Bang (MLBB) sangat disokong oleh bapanya sendiri.
Untuk menjadi seorang pengulas MLBB wanita sememangnya memberikan tekanan yang tinggi apabila perlu bersaing dengan pengulas-pengulas lelaki yang dikatakan lebih bagus dan memahami setiap perinci permainan tersebut tambahan beliau masih muda.
Reez akui sebelum ini beliau tidak pernah mengimpikan untuk menjadi pengulas sukan namun disebabkan atas rasa minat ke atas permainan MLBB maka bapanya menyokong dan dorong beliau untuk mencuba membina karier sebagai pengulas di Mobile Legends Professional League Malaysia.
“Saya tidak pernah impikan untuk jadi pengulas sukan tapi tiba-tiba ayah saya kata disebabkan saya sukan main MLBB apa kata saya cuba jadi pengulas ML,”
katanya.
Reez yang kini berusia 22 tahun tidak menyangka dalam ramai-ramai pengulas yang berbakat dalam kancah e-sukan tempatan ini, beliau yang terpiih untuk menjadi bakat baru dalam MPL MY musim ke-12 ini.
“Saya tidak menyangka akan terpilih disebabkan finalis di ujibakat kali ini calonnya memang antara yang terkemuka dalam MLBB di Malaysia antaranya Topcast, Frost dan Snow yang kita tahu kebolehan mereka dalam mengulas,”
Memandangkan di Malaysia sudah menjadi norma apabila pengulas sukan adalah daripada kalangan lelaki dan menurut Reez, beliau tidak merasakan hal ini suatu yang besar selain sudah terbiasa dengan persekitaran yang berbeza.
“Dari kecil saya sudah biasa dengan persekitaran yang asing disebabkan belajar di sekolah cina jadi sekarang tidak menjadi masalah buat saya,”
Jarang sekali untuk melihat wanita berada di tempat duduk pengulas dan diharapkan akan ada lebih ramai sosok wanita yang berani seperti Reez untuk menceburi bidang ini dalam mana-mana sukan di Malaysia.