Tekanan sebagai penyerang itu adalah perkara biasa – Alif Ikmalrizal

253

Penyerang pasukan kebangsaan B-23, Alif Ikmalrizal mengakui tidak berasa tertekan apabila bakal turun beraksi dalam perlawanan yang cukup penting esok menentang Thailand.

Skuad Harimau Muda akan menentang skuad Gajah Perang dalam perlawanan terakhir Kumpulan H kelayakan Piala Asia B-23 2024 yang mana ia adalah perlawanan yang akan mengesahkan slot ke pusingan akhir yang akan berlangsung di Qatar tahun depan.


“Sebagai penyerang tekanan itu perkara biasa. Saya harap esok saya dapat bantu pasukan layak ke peringkat seterusnya.

Bila coach bagi peluang kepada saya main dalam kesebelasan utama malam esok, saya akan berikan aksi 100% dan buat yang terbaik untuk bantu pasukan capai kemenangan,”

katanya.

Skuad kendalian E. Elavarasan terdahulu berjaya menang dalam dua perlawanan awal iaitu menang 2-0 ketika menentang Bangladesh dan membelasah Filipina 4-0 dalam perlawanan kedua.

Dalam pada itu Ikmalrizal turut menyeru peminat untuk memberikan sokongan padu buat beliau dan rakan sepasukan.

“Saya harap peminat dapat beri sokongan pada kami samada di stadium atau di kaca televisyen pada malam esok untuk melihat kami mara ke pusingan akhir Piala Asia B-23.”