Siapa kata pemain naturalisasi kita tidak mahu nyanyi lagu Negaraku ?

675

Sebelum ini ramai peminat bola sepak tanah air meragukan tahap kesetiaan para pemain naturalisasi negara apabila mereka tidak mempunyai semangat menghayati lagu kebangsaan, Negaraku.

Baru-baru ini ketika skuad Harimau Malaya membuat penampilan berhadapan dengan China, kelihatan di layar kaca televisyen para pemain kebangsaan kesemuanya menyanyikan lagu negaraku termasuk ketua jurulatih iaitu Kim Pan-gon.


Para pemain naturalisasi dalam skuad Harimau Malaya sering dikatakan tidak bermain demi lencana di dada kerana tiada kesungguhan baik ketika berada di padang dan tidak sedikit pun mengeluarkan lirik lagu Negaraku.

Namun dengan apa yang telah dipertontonkan ini sekaligus bakal menutup mulut netizen yang tidak putus-putus menyebarkan kata-kata yang berunsur provokasi terhadap pemain.

Sebelum ini Harimau Malaya pernah menemubual salah seorang pemain kebangsaan iaitu Junior Eldstal yang menegakkan bahawa semua pemain naturalisasi negara memahami dan mengetahui lirik lagu Negaraku.

Bahkan pengemudi pasukan iaitu Kim Pan-gon turut menunjukkan semangat yang tinggi dalam menerapkan nilai-nilai murni supaya para pemain terus bersemangat dalam membawa nama Malaysia ke peringkat lebih tinggi.

Hasilnya sehingga kini beliau masih mengekalkan lagi rekod bersin tanpa kekalahan dalam enam perlawanannya selepas menumpaskan beberapa pasukan berada di atas Malaysia dalam benua Asia.

Pasukan kebangsaan yang tampil gagah di bumi China akhirnya berjaya mengikat pasukan-pasukan gergasi di atas ranking 100 Kesatuan Bola Sepak Dunia (FIFA) iaitu Syria dan China dengan keputusan seri.

Dengan tempoh beberapa bulan sahaja lagi pasukan kebangsaan bakal ke Qatar untuk kejohanan Piala Asia diharapkan para pemain memberikan fokus yang sepenuhnya selain menampilkan semangat kenegaraan yang tinggi seperti yang dipertontonkan baru-baru ini.

Malaysia yang bersama Korea Selatan, Jordan dan juga Bahrain dalam misi memburu kejayaan sememanganya skuad Harimau Malaya sudah mula secara perlahan-lahan membuktikan kebolehan mereka menentang pasukan kuat.

Sekaligus diharapkan dengan beberapa keputusan cemerlang kebelakangan ini, ia dapat memberikan bayangan tahap kejayaan yang bakal dikecapi skuad negara menjelang piala Asia pada awal tahun hadapan.