Azim Al Amin akui skuad negara perlu perbaiki banyak kelemahan sebelum ke Piala Asia B-23 tahun depan

296

Penjaga gol pasukan kebangsaan B-23, Muhammad Azim Al Amin Kamaruddin mengakui mereka masih perlu memperbaiki banyak kelemahan walaupun berjaya layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2024 yang akan berlangsung di Qatar pada tahun depan.

“Dari segi prestasi masih banyak yang perlu diperbaiki sebab kita akan jumpa pasukan yang lebih kuat dari kita.

Jadi banyak masa dalam tempoh enam bulan sebelum kejohnanan, jadi insyaAllah kita dapat perbaiki,”

katanya.

Skuad Harimau Muda terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan pengesahan bahawa mereka layak selepas tewas 1-0 pada perlawanan terakhir kumpulan kepada Thailand.


Azim mendedahkan mereka berdebar menunggu keputusan beberapa perlawanan lain yang menjadi penentu samada mereka layak atau tidak.

“Perjalanan kali ini cukup mendebarkan kerana keputusan pun di saat-saat akhir kita dapat tahu sebab malam tadi kami semua tunggu keputusan perlawanan lain.

Pada mulanya ingat tak layak sebab Australia seri, tapi tidak lama kemudian coach E. Elavarasan maklum yang kita layak dari segi kad kuning.”

Dalam pada itu, beliau berkata kejohanan kali ini memberi beliau dan rakan sepasukan pengajaran untuk cuba mencari gol sebanyak yang mungkin dalam setiap perlawanan kerana ia sangat penting bagi mengelak situasi sama berlaku.

Beliau pada masa sama turut gembira apabila ketiga-tiga penjaga gol mendapat peluang diturunkan.

“Bagi saya memang adil sebab penjaga gol dalam skuad B-23 mempunyai kualiti.”