Semua pemain kebangsaan, tak kira warisan dan naturalisasi, harus fahami lagu Negaraku – Ivan Yussof

140

Bekas pemain kebangsaan, Ivan Yussof menyifatkan bahawa adalah penting buat pemain-pemain negara menyelami maksud lagu Negaraku untuk memastikan semangat ketika mewakili negara lebih tinggi.

Beliau sendiri mengakui bahawa apabila kali pertama mewakili negara dan mendengar alunan lagu negaraku, beliau merasakan satu semangat yang lain dalam dirinya.


“Ketika perlawanan baru saya rasa apa itu lagu Negaraku, dahlah ketika itu di negara orang dan lagu negara sendiri berkumandang, perasaan ketika itu memang lain macam.

Saya tak tahu sama ada pemain sekarang turut rasa perasaan begitu, tetapi bagi saya setiap pemain harus ada perasaan seperti itu,”

katanya.

Katanya, tidak kiralah pemain tempatan yang berasal dari Malaysia, pemain warisan mahupun pemain naturalisasi, semuanya harus memahami maksud lagu negaraku.

Katanya, setiap pemain harus menyuntik semangat patriotik dalam diri supaya tahu maksud bermain untuk Harimau Malaya.

“Kena tanam dalam diri setiap pemain apa itu Negaraku, mereka harus tahu sejarah bola sepak Malaysia, tidak kiralah pemain warisan atau naturalisasi, FAM harus pastikan perkara ini.

Mereka harus ada darah pahlawan dalam diri, nama gelaran kita pun Harimau Malaya jadi haruslah bermain seperti Harimau.”