Saya menjadi juara dunia ketika umur tujuh tahun – Imran Ismail

253

Cak Sports Academy telah melahirkan pelbagai latar belakang atlet yang mencipta nama baik di peringkat sekolah, kebangsaan mahupun antarabangsa sehingga bergelar juara dunia.

Menurut salah seorang atlet yang berjaya di bawah naungan akademi ini iaitu Irfan Daniel yang kini masih berusia 15 tahun memberitahu bahawa berlatih di Cak Sport Academy sememangnya membantu beliau dari segi meningkatkan prestasinya dalam larian sekaligus berjaya menjadikan beliau seorang pelari yang baik.


“Sebab Cak Sports Academy ini menarik selain dapat meningkatkan prestasi larian saya dan sepanjang saya berada di sini saya telah mendapat pelbagai pencapaian antaranya berjaya meraih anugerah atlet terbaik bawah 15 tahun dalam kejohanan olahraga PPKI,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Selain itu juga, Cak Sports Academy juga telah melahirkan seorang juara dunia muda dalam sukan pushbike iaitu adik Muhammad Imran Ismail yang berjaya mencipta nama di Colorado, Amerika Syarikat.

“Saya ikuti latihan bersama Coach Cak adalah untuk membetulkan teknik larian saya dan membentuk fizikal selain itu antara pencapaian pula saya menjadi juara dunia pada tahun 2018 dalam sukan pushbike semasa berumur tujuh tahun,”

Terdapat juga seorang lagi pelari muda yang menimba ilmu di akademi tersebut iaitu adik Zafry Idraky yang telah berjaya memecahkan rekod di kejohanan peringkat MSSD dan MSSM bagi acara larian jarak jauh 1200 meter.

Zafry sendiri akui bahawa kem latihan yang dirangka oleh akademi tersebut berjaya memberikan nilai tambah terhadap prestasi serta fizikalnya sekaligus mempunyai potensi yang tinggi untuk melahirkan lebih ramai bakat bakat muda untuk negara.

“Saya lihat akademi ini ada potensi selain latihan yang diterapkan meningkatkan prestasi dan fizikal saya.”