CikuGais hyper adalah jalan terbaik untuk selamatkan Todak – Ajim Todak

142

Selepas beberapa siri kekalahan dalam usaha mereka mengejar slot terus ke M5 musim ini, CikuGais akui terpaksa turun tangan dan bermain hyper demi menyelamatkan Todak dari terus tenggelam di dasar liga.

CikuGais yang sebelum ini bermain di posisi gold laner mengambil langkah drastik untuk menjadi hyper dalam perlawanan hidup mati hari ini menentang Mpxnsea dan akhirnya segala usaha mereka membuahkan hasil kemenangan dengan skor 2-1.


Menurut Ajim analyst pasukan Todak, pengambilan CikuGais sebagai jungler bagi perlawanan hari ini adalah kesepakatan bersama dan ia adalah salah satu daripada perancangan Todak untuk kembali bangkit menjelang playoff.

“Backup plan kami ada banya cuma disebabkan perlu memenuhi kehendak pihak pengurusan, kami memilih jalan yang terbaik dan pemilihan CikuGais sebagai jungler hari ini merupakan keputusan bersama sebagai satu pasukan bukan atas alasan individu,”

katanya.

Todak yang sebelum ini lebih dikenali sebagai calon juara unggul terpaksa berubah arah seketika apabila terpaksa akui kini hanya mahu sasarkan untuk layak ke pusingan playoff terlebih dahulu memandangkan kedudukan mereka yang hampir tersingkir.

“Buat masa sekarang todak hanya mahu fokus untuk layak ke playoff sahaja, kalau ikutkan ini kali pertama Todak nak fokus layak ke playoff kalau dulu sasar nak juara,”

Dengan prestasi yang kurang memberansangkan musim ini, Todak yang sudah bermain sejak musim keempat MPL MY berharap para peminat terus menyokong di saat jatuh dan bangun mereka.

“Peminat yang ada dengan todak sekarang ini kebanyakkan sudah ada dari musim keempat dan mereka juga lah yang ada bersama Todak waktu jatuh bangun, setiap kali kami berlatih atau scrim memang kami sudah tetapkan dalam fikiran kami main untuk mereka,”