Kami ‘steady’ bila kena tinggal, kami tetap kekal tenang – Izzat Syahir

306

Pemain skaud belia Selangor FC, Izzat Syahir memberitahu beliau dan rakan sepasukan tidak cepat melatah apabila ketinggalan pada awal permainan kerana mereka yakin mampu bangkit semula.

“Memang tiga perlawanan sebelum ini kami kena tinggal dulu, jadi kami dah steady dan mental kami kekal tenang.

Coach pun banyak beri arahan dari luar jadi kami boleh buat sebab yakin dengan kemampuan kami,”

katanya.

Dalam perlawanan akhir kedua Piala Belia yang berlangsung di Stadium UiTM Shah Alam menyaksikan skuad kendalian Khushairi Abd Wahab berjaya menewaskan Johor Darul Ta’zim IV (JDT IV) dengan agregat 4-3.


Tidak hanya berjaya menjulang trofi Piala Belia, Izzat Syahir turut dinobat sebagai penjaring terbanyak untuk saingan liga musim ini.

“Syukur Alhamdulillah atas kejayaan ini. Coach dan rakan sepasukan banyak tolong saya dan coach juga sering menasihati saya supaya lebih peka apabila di hadapan gol jadi saya ikut cakap coach dan jaringkan gol apabila ada peluang.”

Sementara itu, pemain kelahiran negeri Perlis itu turut meluahkan hasratnya untuk melebarkan sayapnya ke luar negara satu hari nanti.

“Saya nak main lebih dari Liga Super seperti K League atau J League satu hari nanti. InsyaAllah.”