Muhammad Khalil tiada masalah walaupun ‘dirantai’ sepanjang perlawanan

281

Pemain tengah skuad belia Selangor FC, Muhammad Abu Khalil tidak berdepan sebarang masalah untuk bermain seperti biasa walaupun dirantai sepanjang perlawanan tadi.

“Ya memang dari awal perlawanan kena jaga tapi itu bukan satu halangan dan apa yang berlaku pada malam ini sangat berguna untuk saya belajar untuk tingkatkan prestasi saya lagi,”

katanya.

Menurut Khalil, pengalaman beraksi di saingan liga lebih tinggi iaitu di Piala MFL turut memberinya sedikit kelebihan apabila turun beraksi malam tadi.


Dalam perlawanan akhir kedua Piala Belia 2023 yang berlangsung di Stadium UiTM Shah Alam, skuad Gergasi Merah telah memperlihatkan kehebatan mereka apabila berjaya menewaskan Johor Darul Ta’zim IV (JDT IV) dengan agregat 4-3.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai perlawanan malam tadi Khalil mengakui kegagalan untuk settle down lebih awal menjadi punca mereka ketinggalan di awal perlawanan.

“Bagi pandangan saya kita kena pada minit awal sebab kita tak settle down, bagaimanapun lepas separuh masa pertama coach buat sedikit perubahan dan pemain-pemain berjaya ikut dan akhirnya kami berjaya menang.”