Seronok melihat pemuda di Malaysia minat sukan Lawn Bowls – Keith Mcknight

238

Mahsuri Cup yang sudah berlangsung selama 24 tahun kini kembali dengan penyertaan 112 pasukan daripada pelbagai negara termasuklah Keith Mcknight yang merupakan jurulatih asal Australia.

Menurut Keith sendiri beliau sangat bangga dan terkejut dengan perkembangan atlet Lawn Bowls di Malaysia yang semakin hari semakin ramai selain beliau juga terharu ramai pemain muda di Malaysia terlibat dalam sukan ini.


“Sangat bagus, saya seronok melihat orang muda di sini bermain Lawn Bowls dan ini merupakan antara tahun kelima atau keenam saya menyertai kejohanan di Malaysia,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Keith yang menjadi jurulatih untuk Irene Attard iaitu pemain boling padang dari Malta turut menyatakan beliau hanya mahu berseronok dalam kejohanan hari esok memandangkan sukan boling padang ini bukan suatu yang boleh dijangka.

“Kejohanan di Mahsuri Cup kami akan bermain dengan santai dan berseronok kerana itu adalah kunci selain dalam sukan ini kita tidak tahu siapa lawan kita,”

Beliau yang berkelana daripada Melbourne, Australia itu juga mahu berlatih dan bermain dengan bekas-bekas atlet Lawn Bowls Malaysia yang turut menyertai kejohanan Mahsuri Cup edisi kali ini.

“Saya menjadi jurulatih buat atlet Malta tahun ini di kejuaran dunia dan tujuan utama keberadaan saya di sini adalah untuk bermain dan mengorek ilmu bersama bekas-bekas atlet boling padang Malaysia,”