Susah dapatkan dana disebabkan kita bukan sukan popular seperti bola sepak – Ahmad Anuar
Timbalan Presiden Lawn Bowls negeri Kedah, Ahmad Anuar menegaskan bahawa mereka juga berhak untuk mendapatkan perhatian peminat sukan tanah air dengan prestasi serta kejayaan yang mereka peroleh dari setiap kejohanan yang disertai.
Anuar yang ditemui memberitahu bahawa mereka agak sukar untuk mendapatkan tajaan daripada mana-mana pihak memandangkan boling padang bukan satu sukan yang popular dan boleh menarik ramai penonton seperti bola sepak.
“Sejujurnya kita memang susah dapatkan dana disebabkan kita bukan sukan popular seperti bola sepak, Jika saya sebagai penaja saya akan cari sukan yang banyak penonton untuk kembangkan jenama saya,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Selain itu juga, beliau turut mengulaskan rasa kecewa apabila segala kejayaan mereka raih kurang mendapat perhatian para peminat sukan tanah air.
Menurut Anuar sendiri berdasarkan prestasi skuad boling padang negara juga sangat baik apabila mampu membawa pulang kejayaan setiap kali kejohanan sebagai contoh baru-baru ini mereka berjaya meraih gelaran juara dunia bagi kategori pasangan wanita.
“Memang sukan bola sepak satu sukan yang popular tetapi dari segi prestasi Lawn Bowls lebih baik dengan adanya juara dunia,”
“Sukan boling padang negara kita lebih baik daripada skuad bola sepak, memandangkan ranking kita adalah 10 terbaik dunia malah boleh capai lima terbaik,”
Mahsuri Cup merupakan salah satu bukti bahawa sukan ini masih lagi bertahan dan mempunyai bakat-bakat terbaik tempatan.
Anuar turut memaklumkan bahawa setiap persatuan boling padang negeri tidak putus-putus menganjurkan kejohanan dalam tempoh setiap tahun dalam memastikan atlet-atlet mereka sentiasa memiliki platform untuk beraksi.
“Kami tetap akan menganjurkan banyak kejohanan, jika dilihat dalam jadual kejohanan persatuan negeri memang ada banyak pertandingan yang dirangka untuk atlet-atlet Lawn Bowls,”
Bagi Anuar sendiri, meskipun tiada sebarang penajaan yang diterima untuk menganjurkan kejohanan beliau akan tetap berusaha untuk menjayakan kerana disebabkan minat yang mendalam dan tidak mahu sukan boling padang ini menghilang daripada dunia sukan.
“Meskipun tiada penaja, saya akan teruskan sebab minat dan tidak mahu sukan lawn bowls ini terus hidup kerana jika tiada persatuan yang mahu buat ia lama kelamaan akan mati.”