Bapa minat badminton tapi saya pergi arah yang berlainan – Navesh Nakendran

205

Navesh Nakendran iaitu pemain dan jurulatih pemain muda Johor Bahru International (JBI) sport club akui mempunyai ibu bapa yang memahami sangat penting dalam memastikan kelangsungan kerjaya sebagai seorang pemain bola.

Beliau yang baru berumur 19 tahun itu memaklumkan meskipun tidak mengikut jejak langkah bapanya dalam meminati sukan badminton namun berkat kasih sayang dan sikap memahami yang ditonjolkan oleh kedua ibu bapanya memberikannya lagi semangat untuk mengejar cita-cita sebagai pemain bola sepak.


“Mereka sangat menyangi saya, saya bersyukur ada ibu bapa yang sangat baik mereka menyokong apa sahaja yang saya lakukan meskipun ia sukan tenis atau bola sepak mereka sangat memahami kerana akhirnya ia adalah atas pilihan saya sendiri tentang hidup saya,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Selain itu juga, Navesh menganggap tugasnya sebagai jurulatih dan pemain di kelab tersebut tidak menyusahkannya sama sekali disebabkan beliau yang sangat suka dengan bola sepak meletakkan tugasannya ini sebagai satu cabaran yang menyeronokkan.

“Saya menjadi jurulatih untuk pasukan bawah 14 tahun memandangkan saya meraih lesen kejurulatihan grass root tahun lepas dan dalam pada masa sama saya juga bermain untuk pasukan ini jadi walaupun ada melatih kanak-kanak di waktu pagi dan latihan kendiri pada petangnya tak memberikan kesukaran buat diri saya dan sesungguhnya saya seronok,”

Navesh mempunyai minat dan sasaran yang sama seperti pemain bola sepak lain iaitu untuk menjejakkan kaki ke pentas profesional.

Namun dengan umur yang kian meningkat beliau hanya mampu meletakkan sasaran dan berusaha bersungguh-sungguh selain berharap tuhan dapat memberikan beliau peluang beraksi sebagai pemain profesional suatu hari nanti.

“Sudah semestinya saya ingin bermain di peringkat profesional, saya sekarang berumur 19 tahun tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda juga jadi saya tidak katakan tiada sebarang sasaran tetapi saya percaya kepada takdir tuhan dan berlatih bersungguh-sungguh dalam menjaga kecergasan badan,”

Beliau sempat mengutarakan pendapat mengenai perkembangan bola sepak tempatan yang dilihat makin tahun makin meningkat baik dan turut memuji usaha keras Tunku Mahkota Johor dalam memastikan Johor Darul Ta’zim menjadi pasukan yang paling berjaya di Malaysia.

“JDT membuatkan para pemain di Malaysia semakin bersaing selain pasukan di dalam Malaysia turut sudah meningkatkan kualiti pasukan masing-masing dalam usaha merapatkan jurang yang telah ditinggalkan JDT,”

“Saya setuju dengan jurulatih saya bahawa dalam beberapa tahun lagi kita akan mendunia terima kasih kepada pembangunan JDT dan usaha TMJ dalam meningkatkan bola sepak Malaysia.”