Tiada kelebihan buat pasukan Australia dalam Piala AFC – Danny Vukovic

42

Kapten Central Coast Mariners, Danny Vukovic tidak menganggap pasukannya sebagai pasukan pilihan dalam kejohana Piala AFC kerana merasakan semua pasukan layak berada di pertandingan itu.

Beliau berkata, pasukan dari Asia Tenggara juga mempunyai kelebihan berbanding pasukan Australia terutama dari segi perjalanan.


“Bagi saya kami tidak mempunyai kelebihan dalam kejohanan Piala AFC, semua pasukan yang beraksi adalah layak dan anda harus jadi pasukan yang bagus untuk layak.

Kami juga perlu lakukan perjalanan jauh untuk ke Asia Tenggara jadi tiada kelebihan buat kami, kami harus beraksi dalam setiap perlawanan dengan bersungguh-sungguh,”

katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media menjelang perlawanan peringkat kumpulan Piala AFC menentang Terengganu esok.

Sementara itu, beliau menjangkakan perlawanan yang sukar menentang Terengganu kerana pihak lawan mempunyai momentum yang baik.

“Kami teruja untuk perlawanan esok dan menjangkakan satu perlawanan yang sukar.

Kami tahu Terengganu dalam prestasi yang baik, kami juga dalam prestasi yang baik jadi ia adalah satu perlawanan yang menarik buat penyokong.”

Tambanya, perjalanan jauh membuatkan mereka sedikit kepenatan tetapi menjelaskan bahawa mereka sudah mendapatkan rehat yang cukup setelah tiba.