Pemain kecewa dengan aksi pertama beri petanda mereka punya mentaliti untuk menang – Soleen Al-Zoubi

103

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita, Soleen Al-Zoubi gembira dengan peningkatan yang dipamerkan oleh pemain-pemainnya sepanjang latihan persiapan menjelang perlawanan kedua kejohanan Women’s International Friendly menentang Pakistan esok.

Menurut Soleen, anak buahnya berasa sangat kecewa apabila gagal memperoleh kemenangan pada perlawanan pertama menentang Arab Saudi sekaligus memberi petanda bahawa mereka kini mempunyai mentaliti untuk menang.


“Saya gembira dengan mentaliti untuk menang pemain apabila mereka berasa cukup kecewa selepas perlawanan pertama yang mana ia merupakan satu pentanda baik bahawa mentaliti menang yang diterapkan mula membuahkan hasil.

Pemain-pemain juga kini semakin memperlihatkan mereka dahagakan kemenangan untuk perlawanan akan datang jadi mereka sangat bermotivasi ketika ini,”

katanya.

Beliau turut memberitahu persiapan untuk perlawanan kedua kali ini beliau memberi fokus kepada taktikal selepas bergelut pada perlawanan pertama.

Pada masa sama, beliau turut yakin pemain-pemain kini sudah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Arab Saudi akan turut menyumbang kepada peningkatan prestasi mereka nanti.

Dalam pada itu, pemain Malayan Tigress iaitu Nur Lyana Soberi juga berkata kesemua pemain kini berada dalam keadaan baik dan tidak sabar untuk turun beraksi pada perlawanan menentang Pakistan esok.

“Lawan Pakistan esok kami akan buat terbaik dan lebih baik dari perlawanan sebelum ini.

Tekanan sentiasa ada tapi saya yakin siapa sahaja pemain diturunkan akan berikan aksi terbaik. Menang satu pasukan, kalah satu pasukan.”

Selain Malaysia, Arab Saudi dan Pakistan, kejohanan yang berlangsung di Taif, Arab Saudi ini turut disertai pasukan lain seperti Bhutan, Laos dan Lebanon.