Kami ada banyak peluang tapi tiada penyudah, kalau saya ada rambut saya dah tarik dah – Abbas Saad

1,506

Ketua jurulatih Central Coast Mariners, Abbas Saad menyifatkan pasukannya tidak bernasib baik gagal mendapatkan kemenangan pada perlawanan Piala AFC menentang Terengganu sebentar tadi kerana gagal menyudahkan banyak peluang.

Beliau berkata, pasukannya sepatutnya mendapatkan gol dalam 15 minit pertama lagi dan berjanji penyokong akan menyaksikan banyak gol daripda mereka pada perlawanan timbal balik.


“Bola sepak adalah tentang gol, jika anda tidak menyudahkan peluang ia boleh mengecewakan anda, kalau saya ada rambut saya dah tarik dah, tetapi saya botak.

Apabila anda mencipta lebih sedozen peluang bermakna anda bermain dengan baik, cuma kami tiada penyudah pada malam ini, dan saya janji pada perlawanan timbal balik nanti anda akan lihat banyak gol daripada kami,”

katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perlawanan menentang Terengganu yang menyaksikan pasukannya tewas 1-0.

Sementara itu, beliau yakin bahawa pasukannya tidak lagi akan tewas pada baki lima perlawanan peringkat kumpulan selepas ini.

“Selepas ini saya jamin kita tidak akan tewas lagi, anda akan lihat Central Coast Mariners yang terbaik dalam setiap perlawanan.

Tambahnya, keadaan cuaca yang berbeza di Asia Tenggara juga memberi kesan kepada persembahan anak-anak buahnya, namun yakin pemainnya akan menyesuaikan diri dengan baik pada perlawanan-perlawanan seterusnya.