Ini peluang untuk saya tunjukkan kemampuan, sasaran saya adalah untuk mewakili negara – Engku Nur Shakir

392

Pemain tengah Terengganu FC, Engku Nur Shakir mahu mengambil peluang yang diberikan oleh ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner untuk menonjolkan kemampuannya.

Beliau menyasarkan mahu mendapatkan panggilan kebangsaan selepas diletakkan dalam senarai bersedia pada panggilan sebelum ini.


“Ini adalah untuk diri saya, saya berterima kasih kepada jurulatih kerana berikan saya peluang beraksi dengan lebih kerap sekarang.

Ini adalah peluang untuk saya tunjukkan kelebihan dan kemampuan saya demi karier,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau berkata demikian selepas membantu pasukannya mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Central Coast Mariners pada perlawanan Piala AFC sebentar tadi.

Dalam pada itu, beliau mengakui pengalaman bermain buat pertama kali pada kejohanan Piala AFC adalah mencabar terutama dari segi fizikal.

“Saya bersyukur kita dapat tiga mata hari ini, ini adalah pengalaman bagi diri saya.

Memang perlawanan Piala AFC agak mencabar terutama dari segi fizikal, nak tak nak saya kena biasakan dengan perkara itu.”