Penguasaan bola banyak tetapi jika tak dapat jaringkan gol macam mana nak menang – Danny Vukovic
Kapten Central Coast Mariners, Danny Vukovic mengakui Terengganu sememangnya layak untuk menang selepas pasukannya mensia-siakan banyak peluang.
Beliau memberi kredit kepada pasukan Terengganu yang bertahan dengan baik untuk memastikan mereka tidak dibolosi.
“Anda boleh mempunyai penguasaan bola yang banyak tetapi jika tidak dapat menjaringkan gol anda tidak akan menang.
Kami ada banyak peluang yang bagus tetapi tiada penyudah, jaringan pihak lawan juga adalah dari kesilapan kami,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Tambahnya, Terengganu patut berbengga dengan persembahan mereka pada malam ini dan tidak sabar untuk bertemu pada timbal balik di Australia nanti.
Beliau turut memuji persembahan Habib Haroon, Ivan Mamut dan Nurillo Tukhtasinov yang menyerlah pada perlawanan itu.
“Habib menggerakkan bola dengan baik untukm Terengganu, Ivan Mamut berbahaya di bahagian atas, beliau memegang bola dengan baik, Nurillo juga bermain dengan baik.”
Beliau tidak sabar untuk perlawanan timbal balik di Australia selepas ini.