Saya dan rakan-rakan patut boleh main lebih baik lagi – Josh Nisbet

160

Pemain Central Coast Mariners, Josh Nisbet berkata mereka sebenarnya boleh bermain lebih baik ketika kekalahan 1-0 menentang Terengganu pada Piala AFC sebentar tadi.

Katanya, mereka beraksi dengan bagus dengan melakukan banyak pergerakan yang baik tetapi tidak berjaya mendapatkan gol.


“Kita ada beberapa peluang cuma kita tak ambil peluang tersebut dan agak goyah.

Saya rasa saya boleh bermain dengan lebih baik, pemain lain juga boleh bermain dengan lebih baik, kita boleh buat lebih lagi,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau percaya jika mereka menyudahkan peluang yang ada, keputusan perlawanan tersebut akan berbeza.

Dalam pada itu, beliau memuji Terengganu dan berkata kagum dengan permainan yang ditunjukkan mereka.

Beliau percaya mereka akan mendapatkan keptusan yang diharapkan pada perlawanan selepas ini.