Saya belum sampai ‘peak’ lagi – Damien Lim

208

Penjaga gol Sabah FC, Damien Lim mengakui belum masih belum sampai kemuncak prestasi lagi walaupun beraksi dengan baik pada perlawanan menentang Hougang United FC yang menyaksikan mereka berjaya menang 3-1 dalam perlawanan Piala AFC 2023.

“Ini perlawanan pertama saya selepas pulih dari kecederaan jadi saya rasa saya belum sampai ‘peak’ lagi,”

katanya.

Damien juga berkata dengan cuaca hujan lebat sepanjang perlawanan membuatkan semua pemain berasa sedikit bimbang dek keadaan padang yang lecak dan licin.


“Saya rasa semua pemain risau dengan padang becak dan licin tapi kredit kepada rakan sepasukan yang beraksi dengan baik dan kami berjaya menang.”

Keadaan hujan lebat juga menyebabkan beliau sendiri berdepan kesukaran apabila beberapa kali tidak dapat melakukan tangkapan kemas dek bola licin.

“Bukan nak bagi alasan tapi keadaan cuaca dan padang turut memainkan peranan dalam sesebuah perlawanan.”

Dalam pada itu, Damien turut berterima kasih dengan ribuan penyokong yang hadir ke stadium walaupun cuaca hujan lebat.