Saya terkilan dengan perletakan jawatan jurulatih Elavarasan – Alif Ikmalrizal

285

Penyerang muda Penang FC, Alif Ikmalrizal yang menjadi penjaring terbanyak dalam Kejohanan AFF B-23 tahun ini akui terkilang dengan perletakan jawatan ketua jurulatih skuad muda negara, E.Elavarasan baru-baru ini.

Alif yang turun menyarung jersi skuad kebangsaan buat pertama kali sangat berterima kasih atas peluang dan ruang yang diberikan oleh jurulatih berpengalaman itu sepanjang beliau berlatih bersamanya.


“Alif baru dapat tahu coach Ela letak jawatan baru-baru ini dan Alif rasa terkilan tetapi keputusan yang dibuat oleh coach bukan atas bidang kuasa Alif,”

“Alif sangat berterima kasih kepada coach Ela disebabkan beliau banyak memberi manfaat dan membantu Alif di samping turut membenarkan Alif beraksi di AFF dan AFC tempoh hari,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Alif yang ditemubual turut menyifatkan Juan Torres Garrido mempunyai potensi untuk menjadi ketua jurulatih baru skuad B-23 negara berdasarkan taktikal dan corak latihan yang mudah difahami oleh para pemain muda.

“Tentang coach Garrido Alif rasa dari segi latihan dan taktikal beliau memang sesuai untuk bawa skuad B-23 dan bermain di bawah arahan coach Garrido, Alif faham dengan apa yang diinginkan,”

“Jika beliau menjadi ketua jurulatih B-23, Alif akan buat yang terbaik bersama kelab supaya coach Gariddo nampak dan memilih Alif untuk bermain dalam skuad negara,”

Di samping jurulatih luar negara, Alif yang berpengalaman berlatih di bawah kendalian Akmal Rizal iaitu pembantu jurulatih Penang FC bertanggapan Akmal merupakan antara jurulatih tempatan yang tepat untuk memacu skuad b-23 negara.

Coach Akmal ini turut menarik perhatian Alif kerana ini baru pertama kali Alif duduk dibawah kendalian beliau dan dari segi latihan, taktikal serta corak permainan yang diterapkan, Alif rasa beliau lebih layak untuk dilantik sebagai Head Coach di skuad kebangsaan B-23.”

Alif sebelum ini membuat debutnya bersama skuad muda negara di kejohanan AFF B-23 dan meskipun Malaysia tidak layak ke pusingan akhir, beliau telah terpilih sebagai penjaring terbanyak kejohanan tersebut.