Isu nasib bekas atlet tidak terbela: wajar atau tidak?

384

Timbul dua pendapat berbeza dari NGO mengenai kewajaran pihak tertentu membela nasib bekas atlet seperti Koh Lee Peng.

Andrew Saw selaku pengerusi Pertubuhan Amal ODP Pulau Pinang, berpendapat bahawa ia tergantung kepada atlet itu sendiri. Namun tidak menafikan seharusnya kerajaan perlu memberikan sesuatu untuk kelangsungan hidup.


Andrew Saw, Pengerusi Pertubuhan Amal ODP yang sentiasa bersama Lee Peng berniaga kecil-kecilan di kaki lima

“Jika Lee Peng selesa untuk lakukan kerja begini, itu pilihan dia. Dengan kami, beliau ada tempat tinggal dan dapat bersama untuk bantu sesama golongan OKU.”

Ujar Andrew kepada Harimau Malaya

Timbalan Pengerusi Persatuan Sukarelawan Muda Wilayah Persekutuan (YOU4WP) Nur Ellena pula berpendapat, apa yang berlaku kepada Koh Lee Peng adalah sesuatu yang tidak wajar berlaku kepada individu yang pernah menjadi ‘hero’ berjuang demi negara.

Insan seperti Koh Lee Peng dan bekas atlet-atlet seharusnya diberi jaminan tentang masa depannya setelah berkhidmat sebagai atlet negara sebagai penghargaan kepada beliau kerana telah banyak menabur bakti mengharumkan nama Malaysia.

Mengulas tentang Lee Peng yang menolak beberapa bantuan yang ditawarkan kepadanya, Ellena berkata itu tergantung kepada bentuk bantuan apa yang ditawarkan.

“Kalau beliau terima bantuan yang konsisten ataupun bantuan yang setimpal, tak perlulah beliau menjual bekas tisu di tepi jalan kan?”

Ujarnya kepada Harimau Malaya sambil mengajukan semula soalan 


Selaku NGO sukarelawan, YOU4WP tidak mampu memberikan bantuan yang bersifat jangka panjang kepada individu seperti Lee Peng, kerana ada pihak yang lebih berhak untuk membela nasib golongan tersebut.

“Sepatutnya pihak kerajaan yang utama seperti Majlis Paralimpik, Majlis Olimpik Malaysia, Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia & Sukan yang perlu ke depan, NGO hanyalah umpama support system.”

“Kerajaan seharusnya mempunyai perancangan rapi mengenai masa depan atlet setelah mereka bersara. Sekurang-kurangnya cukup untuk kelangsungan hidup mereka.”

Harimau Malaya turut bertanyakan pendapat orang umum tentang apa sepatutnya solusi kepada perkara ini, ini jawapannya.

“Kerajaan di bawah Kementerian Belia & Sukan harus mengambil inisiatif bagi meningkatkan taraf hidup atlet-atlet kita di masa yang akan datang. Dan ini bukannya pertama kali berlaku, KBS perlu lebih serius menanggapi hal tersebut.”

Ditanya mengenai cadangan atau pendapat untuk menyelesaikan isu kekurangan bajet peruntukan dalam sukan sehinggakan elaun atlet terpaksa dipotong:

“Mungkin kita boleh kurangkan gaji menteri dan kabinet. Itu adalah inisiatif yang pertama yang seharusnya dilakukan kerajaan”

Ujar seorang lagi orang umum kepada Harimau Malaya