Tak ada apa-apa ‘update’ tentang nak beli Kelantan, datang stadium hanya untuk tonton perlawanan – Kacak

290

Anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV), iaitu Muhamad Eric Zecquan Mohd Amin berkata buat masa ini tiada perkembangan mengenai niat ibunya untuk mengambil alih pasukan Kelantan FC.

Selain itu, beliau juga mengatakan tiada perancangan lanjut untuk terlibat dalam mana-mana pasukan Liga Malaysia setakat ini walaupun sebagai penaja.


“Buat masa ini diam sahaja (mengenai perancangan DSV untk mengambil alih Kelantan), masih tiada apa-apa perkembangan.

(Untuk masuk dalam mana-mana pasukan lain) juga tiada hasrat lagi buat masa ini,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Mengenai kehadiran ibunya ke Stadium Perak pada aksi Piala Malaysia antara Sabah dan Perak baru-baru ini, beliau yang lebih dikenali sebagai Kacak berkata bahawa tujuan mereka ke perlawanan itu hanyalah untuk menonton pasukan Sabah.

“Masa itu kami mahu menonton Sabah, dan juga mahu menonton bagaimana Liga Malaysia ketika ini kerana dahulu kami memang aktif menonton Liga Malaysia.

Sekarang kita boleh lihat liga pun dah semakin banyak perubahan, Perak yang berada di kedudukan bawah liga pun boleh tewaskan Sabah yang berada di kedudukan teratas, dah macam Liga Perdana Inggeris tak boleh nak jangka.”

Dalam pada itu, beliau berkata hasratnya untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesional masih lagi wujud.

Namun beliau akui ia tidak mudah kerana harus memberikan komitmen yang tinggi.