Jika TMJ tiada, JDT tidak akan jadi seperti hari ini – Along Cham

433

Selebriti terkenal, Along Cham menyifatkan bahawa keazaman Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk melakukan perubahan terhadap pasukan itu sejak 2013 meletakkan ia di tahap sekarang.

Beliau yang juga penyokong JDT berkata, hari ini JDT telah berjaya menunjukkan kepada orang ramai apa yang dilakukan itu membuahkan hasil.


“Benda ini memang kena ada semangat dan orang yang mahu merealisasikannya, jika tiada TMJ memang JDT tida seperti hari ini.

Hari ini, JDT sudah berjaya tutup mulut haters, sekarang ini JDT sudah terkenal di Asia, bukan sahaja membawa nama JDT tetapi juga nama Malaysia,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada di majlis pelancaran EA Sports FC 2024 di RekaScape, Cyberjaya sebentar tadi.

Tegasnya, antara perkara penting yang JDT lakukan adalah dengan menjaga kebajikan para pemain, sekaligus dapat meningkatkan moral pemain itu sendiri.

“Apabila kita jaga kebajikan pemain, pemain sendiri akan dapat moral, bukan sekadar main untuk lencana di dada sahaja kerana mereka juga ada perbelanjaan sendiri.

Ini juga akan dibawa ke dalam skuad kebangsaan, memberi manfaat buat bola sepak negara.”