Jaringkan Gol Dari Tengah Padang dan Menang RM1,000!

503

Sempena kejohanan Pestabola Merdeka 2023 yang akan berlangsung pada 13 hingga 17 Oktober ini, Bank Islam akan menganjurkan Rembat Reward Half-Time Challenge (RRHC) khusus buat penyokong setia Harimau Malaya. 

Melalui cabaran ini, lima penyokong bertuah (finalis) berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM1,000 tunai. 


Pada hari perlawanan persahabatan Harimau Malaya, para finalis akan dibawa ke tengah padang ketika waktu rehat separuh masa pertama. Mereka perlu menjaringkan gol dari tapak sepak mula di tengah padang dengan hanya satu percubaan dan tanpa dikawal oleh penjaga gol.

Para finalis yang berjaya menjaringkan gol akan memenangi wang tunai yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun Al-Awfar mereka. Finalis yang berjaya dan juga merupakan pengguna Kad Debit-i Bank Islam Team Harimau akan memenangi wang tunai tambahan RM1,000.

Terdahulu, edisi pertama dan kedua RRHC telah diadakan ketika perlawanan persahabatan Harimau Malaya menentang Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea pada Jun lalu di Kuala Terengganu. Dalam kedua-dua edisi tersebut, seramai 3 orang finalis berjaya menjaringkan gol dan memenangi wang tunai RM1,000 setiap seorang.

Mereka yang berminat untuk menyertai cabaran ini hanya perlu mengisi borang penyertaan dalam talian dengan mengimbas kod QR pada poster yang akan dimuat naik melalui laman media sosial Bank Islam dan FAM. Lima penyertaan yang bertuah akan terpilih untuk menyertai perduan RRHC ketika kejohanan Pestabola Merdeka 2023 akan datang. 

RRHC merupakan salah satu aktiviti dalam kerjasama yang dijalankan antara Bank Islam bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).