Kelab berkemampuan Liga M3 patut diberi peluang beraksi di Liga Super jika ada kelab tak dapat Lesen Kebangsaan?
Saingan Liga Super sudah pun berada di penghujung musim dengan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah dinobat sebagai juara liga buat kali ke-10 berturut-turut sekaligus meneruskan dominasi mereka dalam saingan domestik.
Bagaimanapun disebalik keterujaan peminat untuk menyaksikan baki saingan liga, namun ada segelintir peminat yang resah apabila ada khabar angin yang sedang bertiup kencang ketika ini mengatakan sebuah kelab telah menerima surat ‘ban’ dari Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Walaupun tidak menyebut kelab manakah yang dimaksudkan, namun peminat sudah boleh menjangkakan kelab tersebut adalah kelab dari Pantai Timur yang mana semua sedia maklum mereka berdepan dengan masalah tunggakan gaji.
Dengan bulan Oktober bakal tiba tidak lama lagi, setiap kelab yang bersaing di Liga Super perlu menghantor dokumen-dokumen berkaitan kewangan dan sebagainya kepada pihak pengelola liga iaitu Malaysian Football League (MFL) untuk mendapatkan Lesen Kebangsaan untuk musim hadapan.
Namun sekiranya benar sebuah kelab di ‘ban’ oleh FIFA, ia bermakna saingan Liga Super pada musim hadapan hanya akan mempunyai 13 pasukan sahaja dan ini sesuatu yang tidak bagus untuk liga itu sendiri.
Ini kerana objektif penstrukturan Liga Malaysia pada musim ini dilakukan adalah bagi meningkatkan tahap kompetitif dengan pertambahan jumlah perlawanan, tapi ia tidak berjalan lancar seperti yang dirancang apabila beberapa kelab menarik diri sekaligus sedikit sebanyak merencatkan perancangan.
Dikatakan pada musim pertama penstrukturan Liga Super tiada penyingkiran akan dibuat, namun pihak MFL mengubah pendirian itu apabila memaklumkan bahawa dua pasukan tercorot akan tersingkir ke saingan Liga M3.
— Malayantigerfans (@Malayantigerfan) September 23, 2023
Berdasarkan kedudukan carta liga semasa, pasukan Kelantan FC dan Kuching City FC adalah dua pasukan yang berisiko untuk disingkirkan sekaligus membuka peluang kepada kelab dari Liga M3 untuk beraksi di Liga Super tertakluk kepada kelulusan pelesenan kelab tersebut.
Kelab tercorot Liga Super akan tersingkir secara automatik, manakala kelab kedua tercorot pula akan beraksi dalam pusingan play-off dengan naib juara Liga M3.
Jika benar ada kelab Liga Super yang di ‘ban’ ia bermakna liga pada musim hadapan mungkin akan membuka peluang kepada dua kelab dari Liga M3 untuk naik.
Melihat kepada carta kedudukan Liga M3 pula, KL Rovers dan Imigresen FC adalah dua pasukan teratas liga dengan jumlah mata yang sukar untuk dikejar oleh pasukan lain.
Berdasarkan carta, KL Rovers dijangka akan layak ke Liga Super secara automatik, manakala Imigresen FC pula akan bermain dalam play-off.
Namun terdapat khabar angin yang mengatakan pendahulu liga tidak mempunyai kemampuan dari segi kewangan untuk naik liga, jadi jika benar adakah slot tersebut akan dikorbankan atau ada kelab yang akan menggantikan.
Menarik menanti Oktober 2023 ni.
— Malayantigerfans (@Malayantigerfan) September 25, 2023
Rakyat memerhati, FIFA memerhati. pic.twitter.com/yrYkeOwA1K
Melihat kepada situasi ini, Harini FT yang berada di kedudukan ketiga liga ketika ini dilihat sebagai pengganti yang cukup tepat untuk mendapat peluang beraksi di Liga Super pada musim hadapan.
Ini kerana pihak pengurusan kelab itu sejak dari awal musim lagi sudah meletak sasaran untuk naik ke Liga Super dan tidak keterlaluan jika hendak mengatakan bahawa Harini FT mempunyai kewangan yang cukup kukuh berbanding pasukan lain di Liga M3.
Oleh itu, persoalan utama ketika ini adakah pihak MFL akan mempertimbangkan untuk beri kebenaran kepada pasukan di tangga ketiga peluang untuk rebut slot ke Liga Super untuk pastikan 14 pasukan bersaing pada musim hadapan?
Atau MFL akan kekal dengan pendirian tiada masalah sekiranya hanya 13 pasukan sahaja di Liga Super.
Sama-sama kita tunggu apa yang akan berlaku dalam tempoh beberapa bulan ini.