Saya mahu buka akademi bola sepak sendiri – Azmer Yusof

160

Bekas pemain Kedah Darul Aman FC, Azmer Yusof meluahkan hasratnya untuk membuka akademi bola sepak sendiri pada masa hadapan.

Katanya, beliau banyak menerima tawaran untuk menjadi jurulatih akademi bola sepak dan membuatkannnya terfikir untuk mewujudkan akademi sendiri.


“Buat masa ini saya dapat banyak tawaran untuk jadi jurulatih akademi, tetapi bila saya fikir mengapa tidak saya buka akademi sendiri saja?

Tetapi saya kena fikir panjang dahulu kerana saya tidak suka buka dan tutup, kalau saya buka akademi saya mahu ia berpanjangan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Akademi Bola Sepak Cheras Celtic.

Mengenai majlis tersebut, Azmer berkata bahawa beliau hadir selaku jemputan oleh akademi tersebut, selain untuk memberi motivasi kepada pelatih-pelatih yang ada.

“Saya nasihatkan dan beri semangat kepada adik-adik ini, apa yang perlu dan apa yang jangan dilakukan untuk menjadi pemain bola sepak profesional.

Mereka pun ada bertanya beberapa perkara kepada saya tentang bagaimana cara untuk menjadi profesional.”

Tambahnya, sebagai pelatih yang masih lagi muda, mereka harus mempunyai mentaliti yang betul untuk berjaya mencapai tahap profesional.