Everton senarai empat nama baru sebagai calon pengurus

232

Everton menyenaraikan empat lagi nama baru calon yang bakal mengisi kekosongan sebagai pengurus selepas Rafael Benitez dipecat dari jawatannya.

Selain Roberto Martinez dan Wayne Rooney, Everton turut mensasarkan Jose Mourinho, Frank Lampard, Nuno Espirito, dan Vitor Pereira.


Mourinho sedang dipertimbangkan, namun masih tiada pendekatan rasmi dilakukan memandangkan Mourinho dikhabarkan masih komited bersama Roma. Manakala Lampard dan Rooney kekal dalam radar, sementara Duncan Ferguson dilantik menjadi pengurus interim.

Pendekatan rasmi masih belum dibuat kepada Roma oleh Everton tetapi pemiliknya, Farhad Moshiri sedang mempertimbangkan untuk membawa bekas pengurus Chelsea, Manchester United dan Tottenham itu ke Goodison Park.

Mourinho yang dikatakan masih selesa bersama A.S Roma. Sumber foto : Instagram Jose Mourinho

Bagaimanapun, Sky Sports News memahami bahawa Mourinho mahu kekal di ibu negara Itali dan kekal komited dengan Roma, yang baru enam bulan dalam kontrak yang diikat selama tiga tahun. Roma melihat Mourinho sebagai individu penting untuk kemajuan masa depan kelab mereka dan tidak akan membiarkan dia meninggalkan kelab itu.

Satu lagi nama baharu yang dipertimbangkan oleh Everton ialah bekas pengurus Porto dan Fenerbahce iaitu Pereira, yang bertanding untuk jawatan itu sebelum Carlo Ancelotti dilantik.

Lampard, yang ‘menganggur’ sejak dipecat oleh Chelsea Januari lalu, juga dijangka akan ditemu duga untuk jawatan itu. Walaupun pengurus Derby, Rooney difahamkan gembira dan fokus menjalankan tugas di Pride Park, tetapi sukar untuk beliau menolak Everton memandangkan sejarah dan persatuannya dengan kelab itu.

Nama lain dalam senarai pendek termasuk ketua jurulatih Belgium Martinez dan Nuno, yang dipecat oleh Tottenham awal musim ini.

Bekas pengurus Everton, Martinez berada dalam senarai pendek dan berminat untuk kembali ke Goodison Park, tetapi perjanjian dibuat sukar oleh FA Belgium yang tidak mahu membiarkan pemain Sepanyol itu berangkat sebelum Piala Dunia 2022.

Duncan Ferguson sebagai pengendali sementara ketika ini. Sumber foto : Instagram Everton

Ferguson dilantik sebagai pengurus sementara pada hari Selasa berikutan lawatan padang latihan oleh pengerusi Bill Kenwright.

Ketika bekas penyerang itu mengambil alih latihan buat kali pertama, Kenwright berucap kepada pemain dan kakitangan menjelang perlawanan penting pada hari Sabtu di tempat sendiri menentang Aston Villa.

Everton memecat Benitez selepas hanya enam bulan setengah mengendalikan pasukan itu ekoran kekalahan 2-1 yang dianggap memalukan di Norwich.