E-sukan para juga perlu sokongan kerajaan pusat dan kerajaan tempatan – Faiz Suhaimi

131

E-sukan di Malaysia berkembang dengan cepat sehinggakan wujud komuniti orang kurang upaya yang mampu bersaing setara pemain-pemain profesional namun disebabkan kurang sokongan daripada pelbagai pihak menyebabkan perkembangan mereka agak perlahan.

Faiz Suhaimi yang bertindak sebagai pengurus pasukan Mobile Legends Bang-Bang (MLBB) Para Malaysia melihat atlet e-sukan negara ini memiliki potensi untuk bersaing dengan negara-negara luar yang kini telah mula aktif menggiatkan e-sukan dalam komuniti orang kurang upaya.


Namun, setiap industri yang baru membangun memerlukan sokongan daripada pihak-pihak berkepentingan seperti kerajaan pusat, negeri dan juga pihak berkuasa tempatan dalam membantu dari pelbagai sudut yang diperlukan untuk membangun.

“Di dalam kalangan orang kurang upaya banyak sukan-sukan yang lain juga selain e-sukan yang perlu diberikan sokongan kerajaan pusat dan kerajaan negeri,”

“Kerajaan pusat dan tempatan perlu memainkan peranan mereka masing-masing untuk membantu meningkatkan prestasi sukan serta atlet-atlet oku ini baik daripada penyediaan venue latihan, fasiliti sukan dan kalau mereka boleh beri perkhidmatan secara percuma kenapa tidak?”

katanya kepada Harimau Malaya.

Menurut Faiz sendiri ramai pemain-pemain kurang upaya yang bermain permainan video dalam telefon pintar mereka seperti MLBB dan Pubg Mobile yang mana skill mereka lebih baik berbanding pemain yang sempurna tubuh badan.

“Dalam permainan e-sukan ini merupakan sukan yang menggunakan skil bukan tubuh badan, sekiranya individu tersebut bermain lebih baik menggunakan satu tangan berbanding dua tangan baik pasukan-pasukan profesional ini memilih pemain kurang upaya tersebut,”

Skuad MLBB para negara sebelum ini telah berjaya meraih pingat perak dalam kejohanan Sukan Para Asean mengetepikan beberapa kuasa besar dalam acara ini seperti Indonesia dan Kemboja.

Faiz yang memainkan peranan penting dalam penubuhan pasukan ini memaklumkan setiap pemain telah ditapis sebelum dipilih mewakili pasukan Malaysia dan mereka juga dilatih oleh pasukan yang berpengalaman dalam e-sukan tempatan iaitu Homebois.

“Dalam tempoh enam bulan sebelum kejohanan memang kami ada buat pemilihan secara besar-besar dan lebih daripada 40 pasukan yang terdiri daripada pemain kurang upaya pelbagai,”

“Untuk memastikan pemain-pemain yang dipilih dengan tepat kami mendapat bantuan daripada Persatuan E-sukan Negeri Sembilan dan juga pasukan profesional tempatan iaitu Homebois.”

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen