Mereka semuanya baik, apa yang kurang pada saya mereka tidak lokek berkongsi ilmu – Rough
Bintang muda gold laner Mobile Legends Professional League Malaysia (MPL MY) iaitu Rough menyangkal semua persepsi netizen yang beranggapan pemain-pemain Todak mempunyai ego besar memandangkan mereka adalah antara pasukan dominasi dalam saingan liga Mobile Legends Bang Bang di Malaysia.
Rough atau nama sebenarnya Harith menjelaskan rata-rata pemain Todak tidak lokek berkongsi ilmu tatkala beliau memerlukan pertolongan dan mereka juga siap memberi serta menerima pendapat tidak kira dalam kalangan pemain baru atau senior.
“Di dalam pasukan Todak semuanya baik kerana apa yang saya kurang mereka akan tambah dan tidak sombong untuk berkongsi ilmu bersama pemain,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Beliau yang memainkan peranan penting dalam setiap perlawanan Todak bagi mengganti Cikugais di posisi gold laner akui masih gugup namun perlu cepat beradaptasi dengan corak permainan pasukan agar tidak membebankan mereka.
“Mula-mula ada rasa tertekan tetapi selepas dah beberapa perlawanan saya sudah mula biasa,”
“Untuk jadi bintang masa hadapan itu saya rasa tidak sebab saya masih baru sangat bertapak dalam MPL jadi saya akan cuba untuk buat yang terbaik setiap kali diberi peluang,”
Musim pertama bermain di pentas profesional, Rough jelaskan pada awalnya hanya ingin bermain di pertandingan Tier 2 MLBB namun peluang keemasan untuk menyertai Todak adalah satu Impian yang tidak pernah beliau impikan.
“Sebenarnya saya tidak pernah terfikir akan menyertai Todak sebab pada awalnya saya mahu fokus bermain di Tier 2 tetapi apabila Todak menghubungi pengurus saya jadi saya ambil keputusan untuk terima.”
Todak kini kembali bangkit dan meneruskan langkah mereka dalam saingan MPL MY musim ke-12 dengan mengalahkan pasukan Lunatix 2-1 sekaligus bakal bertemu Selangor Red Giant pada hari kedua playoff esok.