Di Thailand, kelab lebih besar daripada negara? Ramai pemain utama tak dilepaskan pada Oktober

287

Menjelang jendela perlawanan persahabatan antarabangsa FIFA pada Oktober ini, Thailand telah mengumumkan senarai 23 pemain yang akan menyertai kem latihan kebangsaan.

Namun, senarai nama itu mendapat kritikan ramai penyokong negara itu disebabkan beberapa nama besar seperti Chanathip Songkrasin, Teerasil Dangda, Theerathon Bunmathan, Sarach Yooyen, Sasalak Haiprakhon dan lain-lain.


Thailand akan menghadapi dua perlawanan di Eropah iaitu menentang Georgia pada 13 Oktober dan Estonia pada 18 Oktober.

Kebanyakan bintang-bintang yang tidak dipanggil adalah daripada pasukan yang menyertai kejohanan AFC Champions League iaitu Buriram United, BG Pathum United dan juga Bangkok United.

Justeru, ramai peminat bola sepak di sana mendakwa bahawa ia adalah berpunca daripada kelab-kelab tersebut yang mahu ‘menjaga’ pemain mereka untuk saingan ACL.

Ketiga-tiga kelab itu akan mengharungi satu perlawanan liga terlebih dahulu selepas jendela persahabatan antarabangsa, sebelum masing-masing akan turun untuk saingan ACL.

Buriram United akan bertemu Chiangrai United pada 20 Oktober sebelum melayan kunjungan Melbourne City pada 25 Oktober, manakala BG Pathum United akan menentang Trat pada 20 Oktober sebelum berdepan Kawasaki Frontale pada 24 Oktober, dan Bangkok United pula akan berdepan Chonburi pada 21 Oktober sebelum bertandang ge gelanggang Kitchee pada 25 Oktober.

Sebelum ini, Malaysia juga pernah menghadapi masalah yang seakan-akan sama apabila beberapa pemain tidak dilepaskan untuk menyertai kejohana Piala AFF 2022, tetapi ia bukanlah di dalam kalendar FIFA.

Justeru, tindakan kelab-kelab yang tidak melepaskan pemain mereka pada kejohanan itu tidak menjadi satu masalah, kerana risiko kecederaan yang boleh merencatkan perancangan awal musim masing-masing.

Tetapi apa yang berlaku di Thailand ini berlaku ketika jendela perlawanan persahabatan antarabangsa FIFA, dan ini pastinya akan memberi kesan kepada ketua jurulatih, Alexandre Polking dalam memilih pemian terbaik menjelang Piala Asia 2023.