Saya akan tolak tawaran dari luar negara kerana tidak mahu berjauhan daripada keluarga – Garyy

131

Syafizan Najmi atau lebih dikenali sebagai Garyy masih belum bersedia untuk bermain di luar negara jika diberi peluang kerana enggan berjauhan dengan ibu bapanya.

Garyy yang ditemui selepas perlawanan menentang Homebois akui tidak pernah menerima sebarang tawaran untuk bermain bersama pasukan luar namun sekiranya dirisik, beliau akan tetap menolak disebabkan tidak selesa untuk berjauhan dengan ahli keluarganya di sini.


“Kalau dapat tawaran daripada pasukan luar negara saya akan tolak kerana saya tidak selesa berjauhan dengan keluarga tetapi saya berharap dapat memenangi kejohanan antarabangsa bersama pasukan tempatan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Di samping itu juga, Garyy dikhabarkan 90% hampir menyertai Team SMG musim ini namun disebabkan komitmen yang tinggi ditonjolkan oleh pemilik Team Haq untuk melabur demi pasukan akhirnya beliau memilih untuk kekal.

“Semasa di awal pra musim memang 90% saya bakal menyertai pasukan SMG cuma di saat terakhir Aiman iaitu pengurus Team Haq sanggup untuk melabur dengan jumlah yang besar untuk menangani masalah kekurangan pemain dalam pasukan jadi disebabkan itu saya kekal,”

Gagal dua musim berturut-turut untuk layakkan pusingan akhir MPL MY selepas menjadi juara pada musim ke-10, Garyy akui permainan menentang Homebois di pusingan playoff agak ralat apabila pemain-pemain mereka masih takut dan akibat daripada pertukaran jurulatih secara tiba-tiba agak menganggu rentak permainan mereka.

“Bagi saya untuk perlawanan pertama adalah kesilapan draft tetapi perlawanan kedua itu lebih kepada kami kalah mental kerana ada beberapa pemain kami yang sudah mula takut-takut ketika bermain,”

“Sebenarnya masalah kekarapan tukar jurulatih itu sudah menjadi masalah namun selepas jurulatih baru ini masuk keputusan kami di scrim semakin baik tetapi disebabkan masa berlatih bersama hanya seminggu jadi agak singkat untuk kami,”