Di mana-mana ada komuniti yang toksik, buat sahaja apa yang kita suka – Nono Britania
Bila disebut tentang cosplay atau pakaian beragam pasti ramai yang mula memandang serong atau menyifatkan individu yang terlibat sebagai pelik.
Namun tidak buat mereka yang fanatik atau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang ini seperti Nono Britania, Micho the Harambae dan Shaunie Catnipx yang memperagakan cosplay hero Mobile Legends Bang-Bang (MLBB) di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
“Dahulunya memang orang akan pandang serong kerana typical ibu bapa Asia inikan lain macam sikit,”
“Bagi saya apa yang kita buat kemudian raih sesuatu itu sudah cukup bagus jadi buat sahaja apa yang anda suka kerana di mana-mana komuniti yang toksik itu sentiasa ada,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Menurut Micho yang sudah berkecimpung selama 13 tahun dalam bidang cosplay melihat industri ini sudah semakin diminati ramai di samping berpendapat tiada yang menyangka bahawa memperagakan cosplay dan bermain permainan video boleh dijadikan sebagai karier.
“Dulu memang tidak ada siapa yang tahu tentang cosplay tetapi sekarang sudah ramai yang mula menceburi bidang ini sama seperti e-sukan yang tidak siapa tahu permainan video boleh dijadikan sebagai karier,”
Menurut mereka yang ditemui rata-rata pakaian yang diperagakan mempunyai nilai yang tinggi sehingga mencecah ribuan Ringgit namun ada juga yang mengambil inisiatif sendiri dengan menjahit pakaian mereka mengikut kemampuan bajet masing-masing.
MPL MY kini sedang menuju ke pusingan Grand final dan pelbagai aktiviti menarik yang berlangsung di sekitar perkarangan Dewan Sri Putra termasuklah peragaan cosplay hero-hero MLBB, pelawanan futsal 3v3 dan banyak lagi.