Playoff auranya sangat berbeza jika dibandingkan regular season – Rain RSG MY
Unggul di persada liga sewaktu regular season, RSG MY tumbang di pusingan playoff sekaligus terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada peluang untuk layak ke M5 musim ini.
Fikri Aiman Bin Mohd Khidzir atau lebih dikenali sebagai Rain akui pasukannya sudah buat yang terbaik namun disebabkan kurang peka dan tidak fokus kepada objektif di dalam perlawanan menyebabkan mereka terpaksa akur berada di kedudukan keempat musim ini.
“Kalau nak cakap pasal keyakinan, para pemain saya memang sangat yakin namun kekalahan hari ini adalah disebabkan kesalahan-kesalahan dalam perlawanan kerana di playoff auranya sangat berbeza jika dibandingkan dengan regular season,”
katanya.
Rain yang pertama kali bersama dengan RSG MY musim ini dilihat telah berjaya membina semula pasukan tersebut sehingga berada di kedudukan pertama regular season meninggalkan pasukan-pasukan jaguhan lain.
Di sebalik kesedihan pasukan RSG MY, Rippo selaku pemain yang berpengalaman turut meluahkan rasa kecewannya gagal melayakkan diri ke M5 tahun ini.
Rippo yang merupakan nama besar dalam MLBB di rantau Asia Tenggara menyifatkan MPL MY musim ini sudah semakin meningkat maju apabila munculnya pemain-pemain import, corak permainan sudah berbeza dan penyokong juga semakin hari semakin ramai.
“Bagi saya corak permainan sudah nampak perubahan selain kemasukan pemain import juga menambah kerancakan musim ini,”
“Dari sudut penonton di sini juga sudah nampak perubahan apabila makin ramai penyokong yang turun dan memberikan impak yang positif kepada pemain yang bersaing di atas pentas.”
Kekalahan hari ini diharapkan dapat memastikan pasukan RSG MY akan lebih semangat dan berjaya bersaing sehingga ke peringkat akhir sekaligus mewakili negara di kejohanan antarabangsa.