Undang amuk penyokong, Exco PSSI ‘dibuli’ netizen

126

Susulan kritikan Exco PSSI, Haruna Soemitro terhadap ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-Yong, beliau mendapat serangan peribadi dari warganet yang turut membabitkan keluarganya. Akaun Instagram anak dan isterinya turut diserang netizen.

Kecaman hebat yang diterima Haruna termasuklah diugut bahawa mereka akan turun ke jalanan untuk membuat demonstrasi penolakan Presiden Madura United FC itu sebagai Exco PSSI. Malah beberapa poster dan kain rentang yang bertulis kata-kata kurang menyenangkan seperti “Bapak orang kolot” #HarunaOut turut dicetak netizen sebagai tanda protes.


Haruna tetap bertegas dengan apa yang disampaikannya kerana berpendapat ia adalah sebuah proses penilaian yang layak dilakukan seorang Exco persatuan terhadap prestasi semasa jurulatih yang dipilih. Beliau akan berpegang pada pendiriannya dan sepertinya tidak akan mengalah dengan netizen.

Dalam pada itu, beliau sempat menyindir warganet jika disuruh diam maka dia akan diam, lebih baik datang dan duduk saja kerana merasakan penyokong Indonesia begitu sensitif jika ‘diusik’ mengenai Tae-Yong.

Antara kecaman yang mempersoalkan kredibiliti Haruna untuk mempersoalkan Tae-Yong

Penyokong bolasepak Indonesia menuntut agar Haruna fokus pada penambahbaikan liga berbanding campur tangan dalam urusan tugas jurulatih. Haruna sebaiknya perlu berhati-hati kerana beberapa supporter lantang seperti Bonek Persebaya sudah mula menyatakan kesediaan mereka untuk ‘menyerang’ pejabat PSSI di Jakarta.