Kita ada potensi untuk buka satu pasukan MLBB di China – Bang Joel
Bang Joel kongsi perancangan mahu kembangkan sayapnya di China dengan membina sebuah pasukan kompetitif Mobile Legends Bang-Bang (MLBB).
MLBB kini telah mula meluaskan pasarannya ke negara China dan menurut beliau yang terkenal di laman sosial Tiktok bahawa ini merupakan peluang besar buat dirinya bagi merealisasikan impian untuk membina sebuah pasukan kompetitif yang bertapak di negara tersebut.
“Kita lihat sekarang MLBB sudah mula buka pasaran ke China yang mana mereka ingin melahirkan lebih banyak konten serta pemain daripada negara China selain ini menunjukkan pontensi yang mungkin kita akan buka satu pasukan yang bertapak di sana,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Selain menjadi Tiktokers yang dikenali dalam kalangan pengguna aplikasi tersebut, Bang Joel selaku pengarah di sebuah Talent Tiktok Agency iaitu Mantayay’s turut melancarkan sebuah permainan video terbaharu yang bersifat interaktif dalam membantu para pencipta konten di media sosial.
“Saya merupakan pengarah di Mantayay’s dan kami telah melancarkan sebuah permainan interaktif yang baharu khususnya untuk membantu live host dalam menarik lebih ramai lagi penonton,”
Menurut Bang Joel yang memiliki lebih daripada 1.9 juta pengikut di laman sosial Tiktok melihat segala trend yang dimulakan di China kebanyakkannya menjadi popular dan pembinaan permainan interaktif ini juga adalah berdasarkan perkembangan di China juga.
“Trend ini datang daripada China dan banyak kita lihat sekarang game host di Tiktok sudah beralih arah daripada MLBB dan Pubg mobile kepada permainan-permainan interaktif.”