Arif Aiman sangat merendah diri dan saya sangat terkejut – Pinn Yang

2,194

Pinn Yang yang lebih dikenali di ruangan Tiktok tidak sangka dapat berjumpa dengan Arif Aiman dan perwatakan sebenar beliau turut mengejutkan dirinya sehingga kini.

Setibanya di Johor Bahru Pinn Yang dikatakan telah membuat kongsian di laman sosialnya  kemudian tidak disangka pemain bola sepak terbaik Malaysia, Arif Aiman melihat kongsian yang dibuatnya sekaligus membuatkannya terfikir untuk membuat satu konten bola sepak di sana.


“Pertama sekali saya perlu bagi kredit kepada Arif Aiman, saya buat Instagram story keberadaan saya di Johor dan beliau tonton jadi saya terus terfikir untuk membuat konten tentang bola sepak Johor Darul Ta’zim,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Menurut Pinn Yang beliau sangat terkejut apabila bertemu dengan Arif Aiman yang sangat merendah diri sehinggakan menjadi teruja melihat perwatakan pemain muda tersebut.

“Arif Aiman sangat merendah diri dan saya sangat terkejut dengan perkara itu beliau turut bertanyakan tentang kesihatan saya kerana saya belajar satu perkara daripada orang Melayu bahawa kesihatan yang baik kitab oleh buat banyak perkara,”

Dalam konten yang merai 4.1 juta tontonan tersebut, Pinn Yang tidak segan silu membawa dua orang tetamunya yang juga penyokong serta peminat Arif Aiman bagi merasai sendiri pengalaman menonton bola sepak secara langsung di Stadium Sultan Ibrahim.

“Pada awalnya kami berjalan-jalan sekeliling Johor Bahru untuk mencari budak-budak bermain bola di kawasan padang ataupun sekolah namun tiada, sampailah satu rumah ada dua orang budak bermain bola di hadapan rumah mereka iaitu adik Farhan.”

Sudah lama berkecimpung dalam bidang sosial media, Pinn Yang berpendapat bahawa semua content creator perlu bantu antara satu sama lain misalnya membuat kolaborasi bersama untuk mencapai matlamat bersama.