Keluarga saya bangga saya wakili Malaysia, semua pakai jersi Harimau Malaya setiap perlawanan – Endrick dos Santos

680

Pemain tengah Harimau Malaya, Endrick dos Santos mengakui bahawa keluarganya bangga dan dan sentiasa menyokongnya apabila menyarung jersi Malaysia.

Katanya, kedua-dua orang tuanya akan menelefonnya setiap kali sebelum perlawanan untuk memberikan semangat kepadanya.


“Ibu bapa saya mereka akan telefon saya setiap kali sehari sebelum perlawanan untuk beri semangat, terutama bapa saya kerana beliau bermain bola sebelum ini.

Mereka semua gembira dan bangga untuk saya, setiap perlawanan keluarga saya akan sarung jersi Harimau Malaya,”

katanya.

Dalam pada itu, Endrick melihat bahawa sejak beliau kali pertama mewakili Malaysia, prestasi skuad negara kini sudah semakin baik dan meningkat.

Katanya, Malaysia kini lebih yakin apabila berdepan pasukan kuat dan mampu memberi saingan yang sengit apabila menentang pasukan di ranking yang tinggi.

“Saya lihat pasukan ini sekarang mempunyai karakter yang baik, kita lebih banyak mengawal permainan dan kita lebih faham dengan apa yang dimahukan oleh jurulatih.

Apabila menentang pasukan kuat pun kita bermain seperti biasa gaya bola sepak yang kita mahukan, jadi semuanya semakin baik.”

Beliau tidak sabar untuk beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Pestabola Merdeka 2023 yang bermula Jumaat ini dan mahu menjadi juara edisi kali ini.