Jika saya atau AMD tidak didik mereka bermain daripada penjaga gol, sampai besar tidak yakin – Ekhsan Bukharee

282

Jurulatih pasukan Akademi Mokhtar Dahari Dream B-13 tahun, Ekhsan Bukharee perjelaskan bahawa pemain di peringkat pembangunan seharusnya diterapkan dengan risiko supaya apabila sudah besar mereka lebih berkeyakinan menghadapinya.

Kejayaan AMD Dream B-13 membenam Fagiano Okayama dengan skor 5-1 seharusnya menjadi berita gembira buat pasukan tersebut namun menurut ketua jurulatihanya permainan yang kurang kemas menyebabkan mereka bolos satu gol hasil.


Ekhsan yang ditemui memberitahu kesilapan penjaga gol dalam membuat hantaran kepada pasukan lawan adalah satu kesalahan yang biasa dilakukan oleh pemain-pemain di peringkat pembangunan di samping ia adalah penting untuk memastikan pemain kekal yakin untuk memulakan permainan daripada bawah.

“Bila kita di peringkat pembangunan, setiap kali corak permainan build-up ini dimainkan memang sudah diterangkan dari awal kepada pemain bahawa pasti akan ada risikonya,”

“Jadi jika saya atau AMD tidak mendidik pemain-pemain ini untuk memiliki tahap keyakinan yang tinggi untuk bermain daripada penjaga gol memang sampai ke besar mereka tidak akan yakin,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Kelihatan tegas ditepi padang dengan pelbagai taktik yang dikerahkan, Ekhsan apabila ditanya mengenai filosofinya beliau mengatakan setiap pelatih dan pemain yang berada di akademi ini berpandu kepada filosofi AMD itu sendiri yang mana diterapkan setiap peringkat umur.

“Saya tidak mempunyai filosofi tersendiri kerana apa yang anda semua lihat di atas padang adalah filosofi AMD,”

“Pada peringkat umur 13, 14 dan 15 ini kita nak terapkan tingkah laku sahaja dahulu seperti yang dilihat atas padang kita mengerah pemain untuk sentiasa masuk menyerang meskipun kita tahu akan bocor jadi perkara ini normal kerana pemain di peringkat umur ini perlukan tingkah laku yang diterap mengikut filosofi AMD.”