Kalau ada rezeki saya akan ke Piala Asia 2023 – Azam Azmi
Pemain pertahanan kebangsaan, Azam Azmi Murad tidak terlalu memikirkan samada beliau akan terpilih ke Piala Asia 2023 di Qatar pada tahun hadapan kerana baginya jika ada rezeki pastinya beliau akan terpilih.
“Bagi saya, saya akan cuba berikan aksi yang terbaik pada Pestabola Merdeka nanti. InsyaAllah kalau ada rezeki (terpilih ke Piala Asia) ia takkan ke mana,”
katanya.
Azam mengakui terdapat perbezaan dari segi level dalam skuad senior berbanding skuad B-23, namun dari segi intensiti latihan tetap sama.
Beliau pada masa sama juga berkata tidak berasa terlalu tertekan untuk bersaing untuk mendapatkan tempat kesebelasan utama berikutan dalam skuad senior mempunyai pemain yang cukup berkualiti berbanding beliau tiada masalah itu ketika bersama skuad B-23.
“Dalam skuad B-23 pun ada persaingan sengit, jadi perkara itu sama sahaja dalam skuad senior, jadi saya hanya perlu terus bersaing untuk.
Bagi saya ini adalah proses untuk saya jadi pemain yang bagus jadi saya perlu cepat sesuaikan diri dengan situasi ini untuk belajar dan cabar diri sendiri.”
katanya.
Dalam pada itu, Azam juga berkata mereka tidak boleh mengambil mudah dengan pasukan India pada perlawanan pertama nanti kerana mereka adalah sebuah pasukan yang bagus dan berada di kedudukan ranking lebih baik berbanding skuad negara. Beliau bagaimanapun yakin dengan kemampuan pasukan yang mana mereka kini berada dalam prestasi terbaik, tambahan bermain pula di halaman sendiri.
“Bermain di tempat sendiri tidak beri tekanan sebaliknya kelebihan kepada kami kerana bermain di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri jadi ia akan beri kelebihan buat skuad Harimau Malaya.”
Skuad kendalian Kim Pan-gon dijadual akan menentang India pada 13 Oktober ini dan jika menang mereka akan bertemu dengan Tajikistan yang mendapat ‘bye’ selepas pasukan Palestin terpaksa menarik diri dek konflik di negara itu ketika ini.