Siapa kata JDT ‘jaguh kampung’? Pencapaian sudah terima pengiktirafan antarabangsa
Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima pengiktirafan media bola sepak ternama antarabangsa apabila muncul dalam podcast bersama 433 menceritakan tentang kejayaan pasukan itu mendominasi Liga Malaysia selama 10 tahun.
443 menyifatkan JDT sebagai kelab terbesar di Malaysia dan paling berjaya di Asia Tenggara, serta ‘membongkar’ rahsia bagaimana JDT mengecap kejayaan itu bersama Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards.
Dengan pelbagai kejayaan dan rekod yang dicatatkan oleh JDT, tidak mengejutkan mereka kini sudah mendapat pengiktirafan daripada luar negara, terutama sekali oleh portal besar seperti 443.
Walaupun ada pihak yang masih lagi menggelarkan JDT sebagai ‘jaguh kampung’, namun apa yang dilakukan oleh kelab itu diperakui dan dihargai oleh komuniti bola sepak antarabangsa.
Pengiktirafan ini selain membuka mata antarabangsa terhadap kejayaan JDT, ia secara tidak langsung dapat memperkenalkan lagi bola sepak Malaysia ke luar negara.
Ia juga boleh membuka banyak lagi peluang kerjasama buat JDT dengan kelab atau jenama di luar negara, selain daripada kerjasama sedia ada ketika ini.
Sebelum ini, pemilik kelab, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sendiri mengatakan bahawa JDT tidak bergantung kepada jenama kerana JDT sendiri adalah sebuah jenama.
Perkara itu ternyata benar dan kini jenama JDT sudah dikenali dan diperakui oleh komuniti bola antarabangsa.