Kita tahu India mungkin akan main ‘kotor’, jadi kita perlu lebih bersedia – Kim Pan-gon

1,054

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon menuntut pemainnya perlu lebih bersedia dari segi mental dan fizikal apabila bertemu dengan pasukan India dalam perlawanan pembukaan Pestabola Merdeka 2023 esok.

Menurut Pan-gon, berdasarkan pemerhatian barisan kejurulatiha beliau sudah mendapat bayangan corak permainan yang akan diterapkan oleh pasukan India esok.


“Seperti yang kita tahu pasukan India adalah sebuah pasukan yang hebat kerana mereka berada di kedudukan ke-102 dunia jadi mereka adalah pasukan terbaik di Asia Barat.

Kita tahu karakter pasukan mereka yang agresif, bekerja keras dan sukar jadi pasukan yang akan bertemu mereka akan berdepan kesukaran. Setiap bola mereka akan pressing, sentiasa mengejar bola, buat body contact dan kerap buat fouls jadi sedikit ‘kotor’.

Jadi dengan karakter pasukan seperti ini, kita perlu lebih kuat apabila menentang dengan pasukan seperti India esok,”

katanya.

Pan-gon juga menyuarakan keyakinannya terhadap kemampuan anak buahnya walaupun ketua jurulatih India, Igor Stimac mahu melakukan kejutan pada perlawanan esok.

Dalam pada itu, pengendali dari Korea Selatan itu turut mendedahkan Paulo Josue tidak dapat diturunkan dalam pada kejohanan kali ini apabila pemain itu mengalami masalah kesihatan iaitu demam dinggi.

“Kita ada seorang pemain yang sakit iaitu Paulo Josue yang demam denggi, jadi pasukan perubatan kami sedang memantau. Sukar untuk beliau untuk turun beraksi pada perlawanan esok, jadi kami tidak akan ambil risiko.

Untuk pemain-pemain lain semuanya cergas dan sedia untuk diturunkan.”

Beliau pada masa sama turut memberitahu bahawa Stuart Wilkin sudah pulih sepenuhnya dari kecederaan kecil hamstring dan sedia untuk diturunkan nanti.

Skuad Harimau Malaya akan turun menentang India pada perlawanan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) esok dan jika menang mereka akan bertemu pasukan Tajikistan pada perlawanan akhir.