Kelebihan milik NFDP dari awal lagi jika dilihat di atas kertas – Hafiz Zainal

248

Johor Darul Ta’zim B12 akhiri saingan Piala Supermokh 2023 tumpas ke atas skuad NFDP A dengan skor 5-2 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Akademi Mokhtar Dahari, Gambang, Pahang pagi ini.

Menurut jurulatih pasukan, Hafiz Zainal akui sejak awal lagi kelebihan sudah berpihak kepada pasukan NFDP A berdasarkan senarai pemain yang semuanya adalah pemain terbaik di seluruh Malaysia.


“Kelebihan milik NFDP dari awal lagi di atas kertas kita memang sudah sedia maklum bahawa NFDP ini adalah pasukan program negara yang mana mereka mengumpul pemain terbaik di seluruh negara,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Namun Hafiz, beliau tidak menidakkan bahawa JDT turut memiliki pemain terbaik di Malaysia namun bukan semua kerana akademi JDT lebih kearah menggilap bakat yang berasal daripada negeri Johor.

“Sama seperti JDT tetapi kami tetap ada prosedur untuk memberi peluang lebih kepada pemain yang memegang kad pengenalan Johor,”

JDT dikekang habis-habisan dalam perlawanan akhir supermokh 2023 sebentar tadi dan jurulatih menyifatkan pemainnya masih muda dan mudah untuk dipengaruhi dengan pemain lawan yang rata-ratanya adalah rakan seperjuangan mereka dalam kancah bola sepak.

“Tidak semuanya kuat daripada segi mental tetapi tugas saya sebagai jurulatih adalah untuk memastikan mental mereka terkawal pemain NFDP ini rata-ratanya kawan mereka juga yang pergi trials sama-sama jadi masing-masing mempunyai pandangan ada pemain yang lebih bagus dari mereka,”

Sebagai individu yang paling dekat dengan para pemain, pada tingkat umur 12 tahun jurulatih yang perlu memberi mereka galakan supaya di dalam padang para pemain leih bersemangat dan  yakin untuk bersaing dengan lawan yang lebih kuat.

“Untuk hadapi perkara ini saya perlu puji dan layan mereka sebagai pemain yang hebat juga sekaligus baiki semula mental mereka sebelum ke memasuki padang.”