Dalam tahun 10 tahun, program naturalisasi tidak diperlukan lagi – Abdul Rahim
Akademi Mokhtar Dahari Future B14 tahun mengakhiri siri kejohanan Supermokh 2023 selaku pasukan tempat kedua Plate selepas tumpas di tangan juara musim lalu NK Osijek dengan penentuan sepakan penalty.
Coach Abdul Rahim selaku pembantu jurulatih menyifat pemain-pemain Malaysia yang bermain di Supermokh 2023 ini masing-masing mempunyai kualiti untuk menjadi tonggak utama masa hadapan sekaligus mengenepikan program naturalisasi.
“Dalam tahun 10 tahun lagi program naturalisasi ini tidak diperlukan lagi kerana mungkin pemain-pemain yang beraksi dalam Supermokh ini akan menyarung jersi kebangsaan dan bermain untuk Harimau Malaya,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Selain itu juga, beliau melihat pemain pembangunan negara kini dalam landasan yang tepat apabila rata-rata pemain yang menyertai Supermokh tahun ini memiliki minit permainan di atas padang sekaligus memberikan mereka pendedahan bermain dengan pasukan antarabangsa.
“Supermokh edisi tahun ini sangat bagus kerana dalam tempoh lima hari ini dan lima perlawanan maksimum minit permainan untuk para pemain adalah 390 minit dan minimum dalam 200 minit,”
“Jadi ini adalah satu proses pembelajaran yang mana satu hari nanti apabila mereka keluar daripada AMD, ada impak positif dalam diri pemain itu sendiri,”
Menurut ketua jurulatih pasukan AMD Future B14 pula menjelaskan saiz tubuh badan pihak lawan yang besar tidak menjadi pengaruh yang kuat untuk menjatuhkan nilai moral pemain kerana mereka telah memberikan saingan yang padu sehingga berjaya menguasai kawasan pihak lawan.
“Kita kena akui saiz fizikal pemain kita memang tidak dapat menandingi pemain mereka tetapi kita ada kelebihan tersendiri sehingga kita berjaya untuk menguasai kawasan pihak lawan dalam penghujung masa namun tiada penyudah dan mungkin nasib tidak menyebelahi kita hari ini.”