Perjalanan kami jauh tetapi akhirnya kami sendiri rugi – Justin Ganai

382

Jurulatih skuad bola sepak wanita Sabah, Justin Ganai akui meskipun tiba lebih awal ke semenanjung namun mereka tidak sempat untuk bersiap sedia sekaligus berpuas hati sekadar berkongsi mata dengan Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP).

Justin yang ditemui memberitahu mereka sudah tiba lebih awal pada hari Khamis namun tidak disangka ketibaan mereka ke Kuantan sudah larut malam dan tidak sempat untuk berlatih pada hari tersebut.


“Sebenarnya kita datang lebih awal sejak hari Khamis lagi dan saya ingat ia baik untuk kami disebabkan perjalanan kami jauh tetapi akhirnya kami rugi kerana tiba pada lewat malam dan tidak dapat berlatih,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Selain itu beliau turut meluahkan rasa kecewa apabila pasukannya banyak melepaskan mata-mata penting dalam perlawanan di separuh pertama liga beberapa bulan lalu dan sekarang sabah yang berada di puncak liga agak sedikit tertekan kerana jarak matanya sangat rapat untuk diasak pasukan lain.

“Pada pusingan awal kita banyak mensia-siakan mata dan dalam pusingan kedua kita sudah mula untuk berhempas pulas untuk mendapatkan kemenangan tetapi kita lihat sahaja apa yang akan berlaku selepas ini,”

Pertahanan pasukan Sabah, Jessica Susanne Mailu akui faktor kekerapan latihan memainkan peranan pentin bagi sesebuah pasukan dalam memastikan terus kekal cergas dan bermain dengan baik.

Jessica yang ditemui memberitahu agar sukar untuk mengawal pemain-pemain SSMP disebabkan mereka terlalu lincah akibat daripada latihan yang kerap jika dibandingkan mereka yang mana sesi latihannya tidak menentu.

“Agak sukar untuk menjaga Kaseh Carmila dan lain-lain kerana mereka berlatih hari-hari manakala kami pula tidak seperti mereka tetapi yang penting kami ada fitness,”

Masih berumur 23 tahun namun Jessica apabila ditanya tentang kemahuannya menyertai skuad kebangsaan, beliau mahu menjadikan Liga Wanita Nasional (LWN) sebagai pentas untuk dirinya menyinar sekaligus membuka mata barisan jurulatih skuad kebangsaan memilihnya untuk mewakili Malayan Tigress.

“Di LWN saya mahu buktikan bahawa prestasi saya jauh lebih bagus daripada tahun lepas terutama dari segi teknikal dan keberanian untuk memegang bola.”